Followers

Powered by Blogger.
RSS

tips menjawab soalan

Tips-Tips Menjawab Soalan Objektif




  • mendengar dengan teliti arahan dari ketua pengawas.
  • ikut arahan yang diberikan oleh ketua pengawas.
  • baca bismillah ketika mula menjawab soalan bagi pelajar yang beragama islam.
  • buka buku soalan dengan tenang dan baca soalan dengan teliti.
  • tandakan kata kunci bagi soalan tersebut.
  • buat pilihan jawapan dengan tepat. (jika ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan, baca dan jawab dengan tenang).
  • hitamkan jawapan yang telah dipilih dengan kemas.
  • jika tersalah tanda jawapan,pastikan padam betul-betul dan tandakan jawapan yang baru dengan sempurna.
  • elakkan daripada tersalah menanda jawapan ditempat jawapan lain.
  • tinggalkan soalan yang sukar dahulu dan jawab soalan yang mudah.
  • jawab soalan yang sukar setelah selesai menjawab soalan yang mudah.
  • pastikan tanda bulat atau sebagainya pada soalan yang ditinggalkan bagi memudahkan untuk kembali kepada soalan tersebut.
  • langkah ini dapat menjimatkan masa.
  • semak semula jawapan setelah selesai menjawab.
  • jika terdapat keraguan pada jawapan yang diberikan,kekalkan jawapan asal.
  • sentiasa peka dengan masa.
  • gunakan masa dengan baik.
  • tawakkal kepada Allah setelah selesai menjawab.
  • elakkan keluar daripada dewan peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.

Tips-Tips Menjawab Soalan Subjektif








(soalan struktur)
  • analisis rajah, gambar foto, jadual dan graf untuk dikaitkan dengan konsep dan prinsip fizik yang berkaitan.
  • nyatakan jawapan yang ringkas dan tepat.
  • gariskan kata tugas dalam soalan. (contoh: apakah,bagaimanakah dan sebagainya).
  • gariskan maklumat penting yang diberikan dalam soalan.
  • kaedah untuk menyelesaikan soalan pengiraan:
    • tulis rumus fizik yang berkaitan.
    • gantikan nilai untuk setiap kuantiti.
    • tulis jawapan dan unitnya dengan betul.
  • beri perhatian kepada markah yang diperuntukkan untuk setiap soalan. Jumlah markah menunjukkan bilangan fakta yang diperlukan.


(soalan esei)

  • maksud dari mana-mana istilah, konsep, prinsip atau hukum fizik perlu dinyatakan dalam bentuk ayat.
  • jawapan berbentuk rumus tidak diterima.
  • untuk menjawab soalan perbandingan, jawapan mesti merangkumi persamaan dan perbezaan dari rajah-rajah yang diberikan.
  • rajah atau graf boleh disertakan untuk menjelaskan lagi jawapan.
  • jumlah markah menunjukkan bilangan fakta yang diberikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment