Followers

Powered by Blogger.
RSS

AKHLAK ISLAMI


Adab terhadap ibubapa

Konsep Keibubapaan
-          Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga
-          Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa
-          Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa




Sebab-Sebab Perlu Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa.
 

Kalau kita  berbakti kepada ibu bapa Allah ;
  1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
  2. Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa
Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
-       Amalan ini tuntutan agama
-       Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
-       Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
-       Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan


TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

  1. Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
  2. Berbuat baik kepada rakan mereka
  3. Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak
  4. Berbakti kepada mereka pada  bila-bila masa
  5. Merendah diri dan menghormati mereka



ADAB TERHADAP IBU BAPA


PERCAKAPAN


  • Bercakap dgn hormat dan sopan santun
  • Merendahkan suara dihadapan mereka
  • Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
  • Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
  • Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap



PERGAULAN
Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
Mencium tangan mereka  sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk



CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

SEMASA HIDUP

Menjaga mereka semasa tua dan sakit
Memberi nafkah kepada mereka
Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama
Mendoakan kesejahteraan mereka


SETELAH MENINGGAL
Mendoakan keampunan untuk mereka
Membayar hutang mereka sekiranya  ada
Melaksanakan wasiat mereka Berbuat baik kepada sahabat mereka


KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;
  1. Mendapat keberkatan hidup
  2. Disayangi keluarga
  3. Mendapat ganjaran pahala
  4. Ikatan keluarga bertambah kukuh
  5. Mendapat balasan syurga di akhirat 

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

  1. Runtuh institusi kekeluargaan
  2. Kehidupan tidak diberkati Allah
  3. Mengancam keharmonian masyarakat
Penghayatan

  1. Patuh dan taat kepada ibu bapa
  2. Berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa selepas solat
  3. Berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya

LATIHAN

  1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam
  2. Senaraikan tiga sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
  3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa
I.              semasa mereka hidup
II.            semasa telah meninggal dunia
  1. Huraikan dua akibat anak yang derhaka terhadap ibu bapa
  2. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih sayang kedua-dua ibu bapa



















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment