Followers

Powered by Blogger.
RSS

ISTINJAK

JENIS-JENIS BERSUCI
 
   Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum.
   
   Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.
   
   Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.


ISTINJAK


RUKUN ISTINJAK

Rukun istinjak ada 3 iaitu :

   1. Islam
   2. Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
   3. Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur



SUNAT-SUNAT ISTINJAK


   1. Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
   2. Menggunakan tangan kiri



BERISTINJAK DENGAN BATU

Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:


   1. Pastikan benda tersebut tidak mengalir
   2. Pastikan najis belum kering
   3. Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain


BERISTINJAK DENGAN AIR

Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.




BENDA-BENDA BERNAJIS



Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :

   1. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia.
        2. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
   3. Darah kecuali hati dan limpa
   4. Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
   5. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
   6. Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
   7. Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment