Followers

Powered by Blogger.
RSS

PETA MINDA

CARA BUAT PETA MINDA

1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
4. bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
5. Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
6. Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai.

PETA MINDA

Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta minda.
Petua membuat peta minda:
1. Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar.
2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh cabang)
3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci
4. Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh KAEDAH,JENIS
5. Semua fakta di dalam huruf BESAR
6. Jangan fikir dimana hendak letakkan cabang / fakta
Penggunaan peta minda membolehkan kita menggunakan kedua-dua bahagian otak. Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk menarik perhatian semasa membaca.

Sila rujuk mana-mana laman web tentang kaedah membuat peta minda

CONTOH-CONTOH PETA MINDA























KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA

PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
1) Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.
2) Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.
3) Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
4) Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.
5) Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.
6) Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
7) Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.
8) Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
9) Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.
10) Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran.
11) Beberapa contoh peta minda yang terbaik dalam menyusun isi-isi penting dan berguna untuk menjawab soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan dalaman atau berpusat dan peringkat Kebangsaan. Selepas ini kita akan menunjukkan beberapa peta minda yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

CHEF AWANGG said...

salam,saya amat tertarik dengan tips yang diberikan,terima kasih...amat berguna dalam pengajaran saya...

Post a Comment